in ,

Jumlah syarikat baharu didaftar atasi syarikat ditutup

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, matlamat untuk melahirkan 100 jutawan setahun daripada kumpulan usahawan tempatan bukan hanya 'cakap kosong'. ― Foto Bernama
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, matlamat untuk melahirkan 100 jutawan setahun daripada kumpulan usahawan tempatan bukan hanya ‘cakap kosong’. ― Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Mac ― Jumlah syarikat baharu yang didaftarkan mengatasi jumlah syarikat yang ditutup pada tahun lepas walaupun menghadapi pandemik Covid-19, menunjukkan keupayaan usahawan untuk seiring dengan trend dan norma baharu selain menggunakan teknologi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Merujuk statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), beliau berkata sebanyak 437,769 syarikat baharu telah didaftarkan, termasuk 131,139 syarikat dalam talian baharu berbanding 78,420 syarikat yang ditutup.

“Ini menunjukkan jika seseorang itu dinamik, dapat menyesuaikan dengan perubahan dan menggunakan teknologi, mereka akan berjaya. Bagi menjadi usahawan yang berjaya, mereka perlu membuat keputusan dengan segera dan dapat mengubah pelan apabila ia tidak lagi sesuai dan bersedia untuk merebut peluang baharu.

“Mereka yang mengguna pakai teknologi akan berkembang dan mereka yang sebaliknya, akan menghadapi kesukaran,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Perniagaan PKS dan Keusahawanan (SEBA) 2020 malam tadi.

Sebanyak 55 anugerah berprestij diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan pada Majlis Makan Malam Gala Penyampaian Anugerah di sini.

Beliau berkata kementerian akan memberikan penyelesaian yang menyeluruh kepada usahawan, daripada kategori tidak formal dan mikro sehingga kepada mereka yang berada dalam kategori berteknologi tinggi dan bermodal tinggi.

Katanya kementerian dan agensinya akan membantu mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk keusahawanan di Malaysia bagi berkembang maju.

“Tanpa mengambil kira kategori anda berada, apabila anda berjumpa kami, kami akan membimbing anda, memantau kemajuan anda dan memastikan anda mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata matlamat kementerian untuk melahirkan 100 jutawan setahun daripada kumpulan usahawan tempatan bukan hanya ‘cakap kosong’.

“Kami mempunyai pelan untuk mencapainya,” katanya.

Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed telah dianugerahkan Usahawan Terbaik manakala Pengasas Bersama dan CEO Kumpulan Carsome Eric Cheng serta Pengasas Bersama Carsome dan Pengarah Carsome Academy Teoh Jiun Ee telah dianugerahkan secara bersama Usahawan Tekno Terbaik. ― Bernama

Read More
Sumber Web: ProjekMM – All

Written by neobita

What do you think?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Zii Jia dedah tidak sambut Tahun Baharu Cina demi All England

Yuna Claps Back At IG User For Criticising Her Hijab Wearing Style